Cara melindungi jantung kita dipetik dari Kosmo 14 ogos 2010
1. Diet
Amalkan diet yg dapat membantu jantung anda sihat dan berkeadaan baik. Dua prinsip mudah utk anda ingat ialah rendah lemak, tinggi serat. Kurangkan makanan berlemak seperti makanan bergoreng dan berminyak. Makanlah makanan yg dikukus, direbus, dibakar atau dipanggang. Salah satu sumber makanan yg kaya serat adalah oat. oat dapat mengurangkan kolestrol dalam darah.
2. Nutrien lengkap - mesti cukup vitamin,kalsium, zat besi dan asid folik terutamanya wanita. kalsium utk tulang sihat. zat besi utk pembentukan sel darah merah dan peredaran darah sihat.asid folik menyokong penghasilan sel darah merah dan menghalang kekurangan darah serta halang risiko kecacatan bayi bagi wanita hamil.
3.Kekal aktif dan makan secara teratur.
4. Mula bersenam sekurang2nya 20 minit setiap hari seminggu.
Indeks Jisim Badan = berat kg/tinggi (m)x tinggi(m) iaitu kg/m2
-Bawah 18.5 kurang berat
-antara 18.5 -22.9 berat yg sihat
-antara 23-27.4 agak berat
-antara 27.5 dan keatas gemuk/obesiti
Berat badan berlebihan menjadikan fungsi metabolisme anda hura-hara dan mengakibatkan kolesterol, glukosa darah dan tekanan darah meningkat.
Sabtu, 16 Oktober 2010
Langgan:
Ulasan (Atom)