Jumaat, 31 Mei 2013

Bismillah lama tak tulis blog ni.. Nak ambik sedikit petikan tulisan  dari harakah bertarikh 2-5 April 2012 bertajuk " Jaga hati raih reda Ilahi" oleh Rabi'atul Adawiyah Mohd Khalid(KUIZM).

Lumrah alarm, segala yg diciptakanTuhan datangnya bersebab, berperanan.Sebagai makhluk, labelnya adalah hamba. Dan  setiap yg memiliki label itu baik manusia, jin, binatang, mahupun alam ada tugas masing2. Ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Apabila selesai shj tugasan2 tersebut mereka akan kembali kepada Maha Pencipta mereka. Kenapa?

Anak kecil yg sedang menangis siapakah yg dicarinya? Ibunya bukan? Begitu juga dengan jiwa kita. Hati kita.Siapakah penciptanya? Allah SWT. Dari mana ia datang? Allah SWT. Siapakah yg letakkan hati dalam jasad kita? Allah. Jadi siapa yg lebih tahu tentang hati kita? Segala persoalan di dalamnya? Segala rasa di dalamnya? Jawapannya adalah Dia iaitu Allah SWT.

Setiap hati yg wujud di dalam setiap manusia, seawal datuk moyang kita iaitu Nabi Adam a.s. sehingga manusia terakhir dilahirkan adalah dibawah penguasaan-NYA. Dia yg berkuasa pada sekalian hati tersebut dan Dia juga tahu hati setiap yg getar, setiap rasa dan setiap doa yg datang daripada hati itu sendiri.

Ada sebab kenapa para utusan dihantar membawa risalah yg benar. Ada sebab kenapa panduan-panduanNya diturunkan. Ada sebab juga kenapa kita dianjurkan utk mendekatkan hati kita dgn Dia. Semua itu adalah bertujuan utk membimbing hati.Membimbingnya ke arah kebaikan. Membuat pilihan yg menghala ke syurga, bukan ke neraka.

Kita bukan Qadariyyah dgn "free will" mereka itu, yg segalanya 100 peratus bergantung kepada diri sendiri. Kita juga bukan Jabariyyah yg segalanya bergantung kpd Allah SWT semata-mata, umpama " puppet in a puppet-show". Justeru, kita adalah wasatiyyah, yg mana setiap tindakan kita diberikan kuasa utk membuat pilihan ke atas diri kita utk bertindak, disamping kita bergantung hasilnya daripada Dia. Yang kata "kun" bukan kita, tetapi Dia. Segala usaha adalah daripada kita (dgn izin-Nya) dan hasilnya adalah daripada Dia. (Al-Baqarah:143).

Jagalah hati, kerana di situ jatuhnya pandangan Ilahi. Mengapa? kerana jika anda mencari-cari cinta Allah, lihatlah hati anda. Fitrah hati itu, cintanya hanya utk Dia. Semoga Allah SWT reda.