Khamis, 21 Jun 2007

Petikan tokoh akademik

"Bahasa jiwa bangsa, matinya bahasa ertinya matilah bangsa" kata Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid (bekas Naib Canselor UTM ). "Sebab itu penjajah meminggirkan bahasa Melayu agar kita lemah. Jadi, bahasa Melayu perlu dikekalkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa perpaduan antara kaum".
Menurut Ainuddin, selepas Malaya ( sekarang Malaysia) merdeka, terdapat gerakan bersungguh2 dikalangan pejuang bahasa untuk memastikan bahasa Melayu dimartabatkan dan digunakan dalam pentadbiran dan pendidikan secara rasminya.

petikan dan ubahsuai dari akhbar siasah 20 jan-2 feb 2006:

Aku kata: sekarang ni asyik nak pakai Bahasa Inggeris. apa nak jadi pada bahasa kita kalau pemimpin BN ni asyik nak gah dgn bahasa inggeris dan asyik tukar nama dari bahasa melayu ke bahasa malaysia pulak dah... BI utk math dan sains pulak tu dah menyusahkan banyak pihak! apa komen anda?

Petikan Soaljawab dari Siasah Bil 0012 20/1-2/2/2006

Soalan : Anak2 harus dilatih solat sejak berusia 7 tahun dan dipukul jika tidak melakukannya bila berumur 10 tahun. Apa hukumnya jika saya tidak serius mendidiknya dan tidak pernah memukulnya jika dia tidak solat selepas berusia 10 tahun?

Jawapan oleh Ustaz Dr Musa Fathullah Harun: Memerintah anak supaya solat ketika berumur 7 tahun dan memukulnya jika tidak mahu solat ketika berumur 10 tahun adalah perintah Rasulullah kepada semua ibubapa. Mentaati perintah Rasulullah adalah wajib, tidak mentaatinya adalah haram tetapi jika tidak mentaatinya tersebut disebabkan sikap menolak kebijaksanaan baginda s.a.w. maka hukumnya adalah murtad. Wallahua A'lam

Rabu, 25 April 2007

Bismillah.. ku mulakan

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, Segala puji tertentu hanya bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Solawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.

Amma Ba'du.

Mula blog ni pada 25/4/07 pada pukul 5:45 pagi hari Rabu bersamaan dgn 7 Rabi'ul Akhir 1428 Hijrah.