Khamis, 21 Jun 2007

Petikan Soaljawab dari Siasah Bil 0012 20/1-2/2/2006

Soalan : Anak2 harus dilatih solat sejak berusia 7 tahun dan dipukul jika tidak melakukannya bila berumur 10 tahun. Apa hukumnya jika saya tidak serius mendidiknya dan tidak pernah memukulnya jika dia tidak solat selepas berusia 10 tahun?

Jawapan oleh Ustaz Dr Musa Fathullah Harun: Memerintah anak supaya solat ketika berumur 7 tahun dan memukulnya jika tidak mahu solat ketika berumur 10 tahun adalah perintah Rasulullah kepada semua ibubapa. Mentaati perintah Rasulullah adalah wajib, tidak mentaatinya adalah haram tetapi jika tidak mentaatinya tersebut disebabkan sikap menolak kebijaksanaan baginda s.a.w. maka hukumnya adalah murtad. Wallahua A'lam

Tiada ulasan: