Dalam Siasah 4-10 jan 2010/7-13 Muharram 1430 dalam Kolum Perantau penulis kata pengundi ni ada beberapa jenis:
Satu, jenis undi tegar dan setia pada prinsip perjuangan masing2 - contohnya yg pas undi paslah dan yg umno undi umno.
Dua, jenis menentang parti sendiri sebab tak puas hati dengan pucuk pimpinan atau calun. biasanya tak mengundi atau undi calon parti lain. mungkin buat undi rosak.
Tiga, jenis undi calon kerana malu atau terhutang budi atau mendapat habuan dgn calon yg bertanding tanpa kira siapa dia.
Empat, undi calon sebab kena ikut arahan ketua mereka seperti polis, askar dan sesetengah pegawai kerajaan.
Lima, pengundi atas pagar.. tak jelas sikap dan boleh ubah pendirian sekiranya dapat habuan atau ikut isu tertentu.
Kata aku pulak, undi ni nak pilih pemimpin jadi kita kena fikir panjang2 sampai akhirat juga.. kena nilai ikut timbangan ilmu dan agama jugak jangan pakai ikut suka je... Risau juga fikir tentang politik teganu kita le ning
Isnin, 28 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan